Masalah Yang di Hadapi Oleh PKRM

Objektif penubuhan Pusat Kegiatan Rakan Muda ini adalah melahirkan generasi muda yang celik IT dan bijak menggunakan teknologi secara sihat.Ia juga dijadikan sebagai satu platform untuk para belia untuk bergiat aktif dan mengisi masa lapang secara sihat untuk mengekang aktiviti gejala sosial yang kian berleluasa ketika ini.Pusat Kegiatan Rakan Muda ini bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti Remaja Siber,malahan ia juga menggabungkan aktiviti-aktiviti dari 7 gaya hidup Rakan Muda yang lain.
Apa yang dihadapi oleh Pusat Kegiatan Rakan Muda saat ini adalah para belia masih lagi kurang dalam bergiat aktif untuk hadir ke Pusat Kegiatan Rakan Muda yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Beberapa kajian tidak rasmi yang telah di buat,terdapat beberapa masalah yang memungkinkan para belia masih kurang hadir ke Pusat Kegiatan Rakan Muda seperti pemilihan kawasan yang tidak strategik,hebahan atau promosi yang tidak sampai kepada komuniti,kekuatan talian internet yang lemah dan ketiadaan kerjasama yang erat dari Kelab Rakan Muda.
Kesilapan pemilihan kawasan yang strategik bagi menarik ramai para belia untuk bergiat aktif dalam aktiviti yang disediakan punca kurangnya hadir pengguna ke Pusat Kegiatan Rakan Muda yang didirikan.Ini kerana,pengguna yang jauh dari lokasi Pusat Kegiatan Rakan Muda agak sukar untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.
Hebahan dan promosi adalah satu medium untuk menarik para belia kepada sesuatu perkara.Hebahan dan promosi Pusat Kegiatan Rakan Muda yang masih lagi tidak sampai kepada komuniti kerana para belia dan komuniti tidak sedar akan kewujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda di kawasan komuniti mereka.
Di sesetengah kawasan kekuatan internet di Pusat Kegiatan Rakan Muda adalah sangat lemah kerana setiap Pusat Kegiatan Rakan Muda menempatkan jumlah peralatan ICT yang berbeza.Ada sesetengah pusat,menempatkan lima buah komputer dan ada di sesetengah pusat menempatkan 10 buah komputer.Sesetengah pusat yang menempatkan 5 buah komputer tidak mempunyai masalah dengan kekuatan talian internet.Manakala,sesetengah pusat yang menempatkan 10 buah komputer,sebahagiannya mengalami masalah gangguan kekuatan talian internet yang menghilangkan minat para belia dan komuniti hadir untuk menggunakan peralatan yang disediakan di Pusat Kegiatan Rakan Muda.
Setiap parlimen menempatkan satu Kelab Rakan Muda yang bertujuan untuk menggerakkan para belia yang berumur 15 hingga 25 tahun untuk bergiat aktif dalam aktiviti bepersatuan.Namun kebanyakan Kelab Rakan Muda tidak mengambil peluang daripada penubuhan Pusat Kegiatan Rakan Muda untuk mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti di pusat ini.
Pada pendapat saya,terdapat penyelesaian daripada sebahagian masalah yang dihadapi oleh Pusat Kegiatan Rakan Muda.Antaranya,memperluaskan hebahan dan promosi untuk menarik minat belia untuk menggunakan peralatan yang disediakan.Penyelia yang ditugaskan perlu memperluaskan hebahan dan promosi ke seluruh pelosok komuniti.
Penyelia juga perlu menjalinkan hubungan kerjasama dengan Kelab Rakan Muda atau persatuan belia setempat bagi memenuhi penggunaan peralatan yang disediakan.Kelab Rakan Muda dan persatuan belia boleh menggunakan peralatan yang disediakan untuk menjalankan aktiviti dengan kebenaran Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Setiap masalah pasti ada penyelesaian.Penyelesaian yang membina pasti akan dapat menanam relevannya Pusat Kegiatan Rakan Muda di mata belia di komuniti setempat.Pusat Kegiatan Rakan Muda ditubuhkan untuk membina sahsiah dan memberikan para belia peluang untuk mendekatkan diri ke arah celik IT secara sihat.
In : Coretan PKRM